ILHAM Hana

"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri,tidak mengikut nafsumu. Kalau engkau sudah merasai manisnya berhubungan dengan Allah,tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA" -Dedikasi ILHAM Hana buat semua

 
INI JAM

MARI BERSAHABAT
ARTIKEL LEPAS
JABATAN ARKIB
BLOGGER.COM

Blogger Templates

BLOGGER

THANKS FOR VISITING

Free Hit Counter
stats counter

Aku Mengenal Erti Redha
Tuesday, July 07, 2009
Baru-baru ini Fauzan mendengar sebuah lagu yang sangat menyentuh perasaan...

Ya...Aku sangat ingin...Sangat ingin memahami erti redha..

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist
Artis: In-team
posted by fauzan @ 11:44 AM   1 comments
Silibus Usrah SMIP
Thursday, January 22, 2009
Assalamualaikum.... SMIP telah pun memasuki tahun ke dua dalam perlaksanaan usrah secara sistematik..kami akan menggunakan silibus usrah Quranic Group keluaran Itqan Management







































Kami juga ada menyediakan nota kecil muhasabah diri untuk kegunaan adik-adik di SMIP bermuhasabah di atas setiap amalan seharian...



posted by fauzan @ 11:31 AM   1 comments
AKHIRNYA ENGKAU PERGI JUA...AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM AIDIL IZZUDIN
Tuesday, January 20, 2009
Kelihatan wajah rakan-rakan  Aidil yang dahulunya pernah bergelak tawa bersama

Kau Sahabat Kau Teman 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
posted by fauzan @ 4:46 PM   1 comments
Ayunya Dia
Sunday, January 18, 2009
Pasti ramai yang terkejut melihat Fauzan entry gambar ini. Yang Pastinya, kelibat gambar ini membuatkan Fauzan rasa ingin tergelak di sepanjang kembara di Kuala Terengganu. Kadang-kadang Fauzan Terfikir, betapa pentingnya Poster dalam pilihanraya. Lihatlah wajah pemimpin besar ini, sekali pandang macam mesra rakyat. Dua kali Pandang, tak ubah seperti wajah yang biasa Fauzan tonton ketika menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut...

Mungkin faktor ini agaknya yang menyebabkan BN dimalukan di Kuala Terengganu...
posted by fauzan @ 4:38 PM   0 comments
MEMORI PANTAI RUSILA










Seusai petang yang mendingin, kelihatan tiga pemuda menyusuri kepekatan malam menyambut panggilan jihad di satu daerah yang sangat jauh dari tempat tinggal mereka. Perjalanan yang jauh itu membuka ruang seluas-luasnya buat mereka menimba pengalaman berharga di bumi yang dahulunya pernah dijalankan undang-undang Islam sebagaimana yang telah dinukilkan di atas sebuah batu yang dimasyurkan sebagai Batu Bersurat peninggalan kerajaan silam negeri Terengganu. Mereka ditakdirkan mengutip memori-memori indah yang tiba di kemuncaknya di Pantai Rusila



Di perkarangan masjid ini, terlukis tapak-tapak kaki para mujahid yang hadir dari segenap pelusuk negara untuk menginfakkan diri mereka di Jalan Allah, menentang kejahilan manusia yang semakin hari menghakis benih-benih aqidah dan akar-akar iman umat Islam di negara ini. Pertemuan mereka seawal pagi jumaat di Masjid yang indah ini dihiasi dengan permandangan yang jarang-jarang sekali ditemui di mana-mana masjid iaitu suasana Solat Subuh yang mirip Solat Jumaat. Satu fenomena yang sangat ditakuti oleh Yahudi Laknatullah dan kuncu-kuncunya yang bertebaran di atas muka bumi termasuklah yang berada di negara ini. Kehadiran Tuan Guru yang mengimami solat subuh menerbitkan rasa sayu di hati pengikutnya yang tergambar jelas keletihan pada raut wajahnya dan terdengar sayup-sayup suara yang bisa menerbitkan keinsafan di hati. Pagi yang hening itu turut dihiasi dengan alunan kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS yang mana pengisiannya menyentuh terus lapangan jiwa setiap pendengarnya.



















Perjalanan ini akhirnya sampai di medan perjuangan yang sudah lebih dari seminggu dihiasi dengan peperangan poster yang memenuhi segenap pelusuk P.36 Kuala Terengganu. Masyarakat Kuala Terengganu seakan-akan meraikan satu pesta yang jarang-jarang sekali di lalui oleh mereka. Bandar ini dipenuhi oleh puluhan ribu manusia yang bertekad untuk memastikan ideologi mereka di terima pakai oleh penduduk di sini. 



Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap insan di Kuala Terengganu iaitu Hari Membuang Undi. PAS Kawasan Puchong yang diamanahkan untuk berbakti di UPU Mengadang Akar, DUN Ladang di awal pagi lagi telahpun berkumpul di pusat pembuangan Undi, sekolah Sultan Sulaiman 2. Kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan yang ditugaskan untuk merayu undi di kawasan berhampiran sekolah, di sepanjang jalan yang menghubungkan para pengundi ke tempat pembuangan undi.

Masa berlalu dan terus berlalu, akhirnya tiba saatnya pintu pusat pembuangan undi di tutup kepada semua pengundi. Pengiraan terus dilakukan di tempat pembuangan undi. Kami terus melakukan aktiviti kami sendiri iaitu membeli-belah. Namun, hati ini tetap berdebar menantikan keputusan yang bakal di ketahui sama ada Allah memberikan kemenangan kepada Islam ataupun Allah mahu menangguhkan kemenangan itu lantaran kesilapan dan kelemahan daripada diri kami sendiri.



Azan maghrib berkemundang sayup-sayup kedengaran dari Masjid yang menjadi kebanggaan penduduk Kuala Terengganu. Kami menunaikan Solat Maghrib dan Isya' di sini sambil berehat mengumpul tenaga untuk mengharungi perjalanan pulang ke Puchong. Di waktu inilah, maklumat-maklumat terkini muncul di skrin telefon bimbit kami. Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menyatakan PAS menang di keempat-empat DUN. 

Akhirnya keputusan diumumkan dengan PAS menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,631 meruntuhkan terus keangkuhan UMNO dan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan di Muka Bumi Allah ini sejak sekian lama. sambil itu, kami meneruskan perjalanan pulang dengan mengalunkan alunan syukur di sepanjang perjalanan.

posted by fauzan @ 6:53 AM   0 comments
ASYURA' DAN GAZA
Tuesday, January 06, 2009
 
Setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Lantas Rasulullah bertanya, "apakah hari ini?". Maka jawab mereka, "inilah hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa padanya." Lantas dijawab Nabi, "kamilah yang lebih berhak ke atas daripada kamu." Maka Rasulullah pun menyuruh sahabat-sahabat berpuasa pada hari itu. Demikianlah sebahagian maksud hadis yang dikeluarkan Imam Al Bukhari dalam sahihnya daripada Ibnu Abbas radiyallahu anhuma.
 
Puasa Asyura' sudah dikenali sejak zaman jahiliah lagi sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. Menurut riwayat Ummul Mukminin Aishah r.a, orang-orang jahiliah pun sudah berpuasa pada hari tersebut. Apabila Rasulullah tiba di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi pun berpuasa pada hari itu. Apa yang berbeza, mereka menjadikan hari Asyura' sebagai hari perayaan mereka.
 
Menurut Imam Nawawi dan jumhur ulama', yang dikatakan hari Ayura' ialah hari kesepuluh daripada bulan Muharram. Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan haram iaitu, Zulqaedah, ZulHijjah dan Rejab. Menurut keterangan sejarah, bulan-bulan haram adalah kalangan bulan-bulan yang amat dihormati oleh bangsa Arab sejak dahulu lagi, sehinggakan tiada sebarang pertumpahan darah dibenarkan belaku dalamnya. Apabila Islam datang, kemuliaan bulan-bulan haram ini terus dipertahankan.
 
Hari ini, bulan haram ini telah dicemari. Dicemari oleh bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan Allah, anak-anak Allah dan kesayanganNya, bangsa yang banyak diutuskan Nabi dan Rasul, dan bangsa yang juga paling banyak membunuh Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka. Itulah bangsa Yahudi. Samada dengan nama klasik mereka sebagai Yahudi, atau dengan nama moden mereka sebagai Zionis, mereka mempunyai matlamat yang satu menghapuskan umat Islam, khususnya di Palestin dan merealisasikan lakaran peta mereka untuk menubuhkan Negara Besar Yahudi, bermula dariSungai Furat sehinggalah ke Sungai Nil, di Mesir.
 
Mempertahankan kemuliaan bulan-bulan haram ini bukan bermakna berpeluk tubuh atau pun bertahan tanpa ada apa-apa tindakan balas. Allah azzawajalla sendiri memberi pedoman berkenaan bulan-bulan haram ini, sepertimana dalam firmanNya dalam Surah Al Baqarah ayat 194 yang bermaksud;(mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
  
Sudah pasti pada saat ini mereka yang lebih memahami ayat ini ialah sahabat-sahabat Mujahidin Hamas yang sedang mempertahankan wilayah Gaza di bumi Palestin. Mereka berhempas pulas mempertahankan Gaza dengan darah dan air mata, sambil diperhatikan dengan "kaca mata Zionis" yang dipakaikan kepada pemimpin Arab di sekeliling mereka. Bunyi dentuman dan roket yang dilancarkanIsrael seolah-olah tidak mampu
menyampaikan isyarat bunyi ke dalam gegendang telinga pemimpin-pemimpin Arab ini. Sebagai contoh, Mesir yang menjadi kiblat ilmu bagi umat Islam dan pernah menjadi jaguh dalam Perang Arab-Israel, sekarang menjadi keldai tunggangan Israel yang hanya akan bergerak apabila punggungnya dicemeti. Maruah bangsa yang berbangga dengan peninggalan Firaun ini, tiba-tiba menjadi dayus sehingga membuka pintu "rumah" sendiri pun perlu kepada izin Israel.
 
Sememangnya pemimpin iras pemimpin-pemimpin Arab ini banyak dalam kalangan umat Islam kini. Pemimpin jenis ini lebih cenderung memilih berada dalam "zon selesa". Pantang saja dihadiahkan sedikit "ladang", maka "ladang" itulah yang akan diwiridnya saban tika dan saat. Pemimpin yang sepatutnya menjadi umpama "tangan", yang apabila kepala pening dialah yang memicitnya, apabila kaki terluka dialah yang menyapu ubat dan membalutnya. Pendek kata semuanya berhajat kepada sentuhannya. Malang sekali jika "tangan" jenis ini hanya diletakkan di belakang punggung, atau berpeluk tubuh, atau pun dimasukkan dalam kocek seluar. "Tangan" jenis ini selayaknya dipotong saja.
 
Episod-episod jihad di Gaza khasnya, dan bumi Palestin umumnya akan berterusan sehingga hari Qiamat, sehingga Islam ditegakkan kembali di sana dan dikuburkan orang-orang Yahudi dalam kuburan besar. Semua ini membenarkan sabda Nabi s.a.w, "Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam membunuh orang-orang Yahudi, dan sehingga Yahudi ini terpaksa berlindung di belakang batu dan pokok. Lalu berkatalah batu dan pokok, wahai orang Islam di belakang aku ada Yahudi, datang dan bunuhlah dia, kecuali pohon Gharqad kerana ia pohon Yahudi." 
 
Sesungguhnya kini bumi Gaza adalah ardul ribat dan bumi jihad. Pintu syurga Allah sedang terbuka luas, harumannya sedang dihidu oleh setiap mujahidin disana. Segala keperitan, kesusahan dan kesakitan bakal digantikan Allah dengan kehidupan yang abadi di sisiNya. Bagi kita yang jauh, atas dasar ukhuwwah Islamiah, ibarat satu jasad yang apabila salah satu anggotanya sakit, maka yang lain turut sakit, demam dan berjaga malam. Saya menyeru untuk kita sama-sama berpuasa sunat Asyura' [10 Muharram] pada esok hari, serta memperbanyakkan doa dan munajat agar Allah azzawajalla memberi pertolongan dan kemenangan kepada saudara-saudara kita di wilayahGaza, Palestin khasnya dan kepada umat Islam seluruhnya.
 

اللهم رب العزة فانصر إخواننا فى غزة

Hasil Tulisan,
Sufyan Ismail, KUU PAS Kawasan Puchong.
Hari Tasua' 9 Muharram 1430H

Labels: , , ,

posted by fauzan @ 6:08 PM   0 comments
SIAPA KITA UNTUK MENGELUH
Saturday, December 20, 2008
Selamat bertemu kembali dalam ruang lingkup maya dan tiada sempadan ini. Keletihan dalam melaksanakan tugas seharian sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang. Taklifan sebagai hamba Allah menghimpit rasa untuk melengkapkan ubudiyah di hati setiap insan. Timbul pelbagai persoalan dan konflik diri akibat banyaknya perkara yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa dan akhirnya ada perkara yang menjadi korban lantaran lemahnya diri yang bernama insan. Tanggungjawab kepada keluarga, kerjaya, diri sendiri dan tidak ketinggalan kepada Ummah yang tercinta. Kehidupan yang bermula seawal jam 5 pagi perlu di isi dengan aturan yang telah dirancang atas ketetapanNYA sehinggalah kembali menutup mata menjelang 1 atau 2 pagi.

Begitulah aturan yang terkadang menimbulkan resah di hati lantas menyelinapnya api-api hasutan syaitan untuk mengeluh atas kesibukan yang membelenggu kehidupan seorang Dai'e. Sikap yang membibitkan rasa untuk putus asa pada rahmat dan kasih sayang Allah SWT akhirnya akan memamah segenap inci pada roh perjuangan dan melahirkan pejuang yang berpenyakit dan cenderung untuk berasa puas dengan segala bentuk bakti yang telah di curahkan.



Lihat lah pada wajah ini. Kalaulah Allah SWT membenarkan hambaNYA mengeluh atas kesibukan dan taklifan kepada diri, wajah ini lebih layak untuk menghamburkan keluhan itu. Tubuh badan ini yang selayaknya mengeluh atas pergerakan yang tidak kenal sempadan masa mahupun tempat.

Siapalah kita untuk mengeluh. Cukuplah dengan perbandingan mudah antara kita dengan orang atasan kita di peringkat Kawasan mahupun negeri. Sejauh mana pengorbanan kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Melihat pada wajah tokoh yang paling saya kagumi ini, jauhnya tangan untuk menggapai kecemerlangan beliau. Rendah diri mengulit lantaran terkenangkan sumbangan dan titis-titis peluh yang jatuh pada jalan perjuangan.

Lantas, terfikir sejenak di corong halus pemikiran, terusik reseptor-reseptor sejuk di hati, semuanya sepakat dan sepadu memotivasikan diri, membuahkan senyuman di bibir yang manis,
umpama arus mengalir terbit kata-kata darinya,

SIAPA KITA UNTUK MENGELUH

posted by fauzan @ 8:19 PM   0 comments
TAHUN INI HAMPIR BERLALU, TAHUN DEPAN?
Wednesday, December 17, 2008
Akhirnya berjaya juga menyiapkan kertas soalan akhir tahun bagi tahun ini. Jangan berasa pelik kerana sekolah Fauzan agak lambat menjalankan Peperiksaan akhir tahun. Memandangkan pelajar-pelajar di sini menjalani dua aliran dalam satu masa, jadi kebiasaannya pelajar tingkatan 2 dan 4 akan menduduki peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran akademik pada sessi persekolahan di bulan disember. Begitulah senario yang di alami guru-guru di sini yang turut menjalankan tugas walaupun pada masa yang sama guru-guru di sekolah-sekolah lain sedang bergembira di samping keluarga menikmati cuti sekolah yang agak panjang.


Suka duka kehidupan yang ditempuh sepanjang tahun 2008 bakal tinggal sebagai kenangan sebaik sahaja tirai tahun ini dilabuhkan kurang 15 hari dari sekarang. Jika dilihat dari kalendar hijrah pula, kurang 10 hari lagi kita bakal menempuh Tahun baharu hijrah, tahun 1430 Hijrah. Setelah di hitung secara kasar amalan pada tahun ini, rasa malu dengan diri sendiri. Lemahnya dalam menghitung masa bersamaNYA. Kurangnya berkasih mesra denganNYA. Kadang-kadang duk pikiaq, sibuk sangat ke aku ni. Nak kata pegang jawatan banyak, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man lagi banyak jawatan daripada aku..Nak kata sibuk dengan Anak Isteri, Isteri pun tak dak, anak jauh sekali. 

Tahun ini juga, Fauzan bertekad nak membuat simpanan untuk masa depan. Tetapi akhirnya hanya sempat simpan RM 30 sahaja. mana duit gaji aku eh...Jangan sampai gigit jari dah la Fauzan OOiii..

Cakap banyak pun tak guna...Tahun ini hampir berlalu, Tahun depan?...Plan pun belum...huhuhu
posted by fauzan @ 11:29 PM   1 comments
KENALI DIRIKU

Name: Fauzan
Home: Puchong, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile

USRAH DAN HARAKAH
HOT LINKS
GILA BOLA
DI SINI KU BERMULA
RAKAN MAYA